pada 20 Mei, 2010...
Joe menaiki flight AK 5145 menuju ke LCC-T Kuala Lumpur untuk persediaan convo dan juga percutian keluarga. Belon (kapal terbang) sepatutnya bertolak jam 1850 tp malangnya delay 40 minit... kul 1930 bru belon terbang ke KL. Sementara menunggu panggilan penerbangan di balai berlepas, joe menikmati teh tarik yg agak manis di kafe.
erm... agak ramai juga yang menuju ke KL pada hari nie, hampir 88% penuh seats. dalam ramai-ramai penumpang nie, ada satu sikap penumpang yang Joe tak suka, iaitu mereka yang suka membawa beg hand carry lebih dari 1 dan saiznya pun agak besar2... mereka nie tidak bertimbang rasa dan hanya pentingkan diri sendiri saja. orang lain pun nak gak naik flight tp bila kita yang bawa 1 beg nnt takda tempat nak letak klu ada ramai yang bawa hand carry lebih dari satu.
belon landing di lapangan antarabangsa LCC-T lebih kurang dalam 2130 tp joe kuar dari balai ketibaan dalam 2155. seorang kawan joe dari KL datang menjemput joe di airport. erm... ini hanya permulaan perjalanan merentasi KL... ikuti bahagian seterusnya... Grrrr...Grrr...



No comments:
Post a Comment