May 26, 2010

Bear on Loose in KL -part 04-


24 Mei 2010




hahaha.... 24 Mei 2010 merupakan salah satu tarikh yang bersejarah dalam hidup Joe. kerana tarikh tu la tarikh Joe mendapat scroll degree Joe setelah 4.5 tahun Joe berhempas pulas meneruskan dan menamatkan pengajian Joe di UiTM Shah Alam. Pertama sekali Joe amat2 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa Joe yang banyak memberi sokongan padu sama ada sokongan moral dan kewangan... I love u both... dan juga, Joe sangat terharu bila kawan Joe, Azrul sanggup menunggu majlis sehingga penghujungnya. 





Ramai juga yang bertanya, 'bagaimana perasaan lepas convo?' Perasaan Joe adalah Joe sangat bertuah kerana dapat menghabiskan pelajaran Joe walaupun Joe sangkut 1 sem, dan Joe juga bersyukur kerana Joe mampu menangani segala pahit manis sewaktu pengajian. 




Joe juga ingin berterima kasih banyak2 kepada kawan-kawan dan keluarga yang banyak mengucapkan taniah kepada Joe. Joe amat menghargainya... thanks n hugs... hehehehe

May 24, 2010

Bear on Loose in KL -part 03-

22 - 23 Mei 2010

Erm... dua hari nie tidak ada banyak benda nak buat... Ari sabtu joe just sempat pergi melawat mak angkat di HKL. kesian dia sebab menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Lepas tu, balik rumah rehat sebelum gi ikut kawan main badminton. seronok juga tengok mereka main... Joe tak main pun sebab tak cukup atire... Lepas badminton, ada plak kawan buat masak2... sedap2 makanan dia masak.... paling best sotong dia, pedas tp sedap....

Ahad plak... Joe pun tak banyak bjalan sebab kene gi ambi jubah convo di UiTM di hatiku. Lepas tu, Joe gi lawat mak angkat di HKL lagi... sekarang dia ok, cuma dia tak sabar nak balik rumah... dia tak suka duduk di hospital. Pada sebelah petang, Joe dan Azrul gi tgk wayang crita Nightmare on Elm Street. Boleh tahan crita dia,  ada lari sikit dari crita asal but it is not a bad story... full of tension n suspend. Sesiapa yg lemah semangat tu, jangan menggatal gi tgk sorg2, sbb crita dia agak mengejutkan yg boleh menyebabkan jantung berhenti selama 1 saat. hehehehe.... Lepas nonton wayang, dalam kul 9pm bru berangkat jemput ayah dan mak Joe di LCC-T.

tu saja utk kali nie... maaf ya... tak banyak yang diceritakan kali nie... tunggu bahagian seterusnya...

May 22, 2010

Bear on Loose in KL -part 02-

22 Mei 2010

Sehari di IKEA

huhuhu... hari nie tak banyak berjalan kerana Azrul bekerja. kena la tunggu dia abis kerja bru boleh jalan-jalan. erm... bagi kawan2 yang bukan berasal dari KL atau sewaktu dengannya, IKEA ini adalah tempat menjual perabot rumah dan pejabat dari meja kerusi hingga la ke perkakas dapur. klu korang g IKEA nie, mmg best, tak macam kedai perabot biasa, skali korang masuk, mmg kene jalan semua bahagian dalam bangunan IKEA tu. selain popular dengan perabot yang unik, Hotdog IKEA nie pun agak popular. Sedap....  

trip ke IKEA nie kiranya nak survey tempat melawat bila family datang nanti. Berikut adalah sedikit gambar yang joe kongsikan...