hahaha.... 24 Mei 2010 merupakan salah satu tarikh yang bersejarah dalam hidup Joe. kerana tarikh tu la tarikh Joe mendapat scroll degree Joe setelah 4.5 tahun Joe berhempas pulas meneruskan dan menamatkan pengajian Joe di UiTM Shah Alam. Pertama sekali Joe amat2 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa Joe yang banyak memberi sokongan padu sama ada sokongan moral dan kewangan... I love u both... dan juga, Joe sangat terharu bila kawan Joe, Azrul sanggup menunggu majlis sehingga penghujungnya.
Ramai juga yang bertanya, 'bagaimana perasaan lepas convo?' Perasaan Joe adalah Joe sangat bertuah kerana dapat menghabiskan pelajaran Joe walaupun Joe sangkut 1 sem, dan Joe juga bersyukur kerana Joe mampu menangani segala pahit manis sewaktu pengajian.
Joe juga ingin berterima kasih banyak2 kepada kawan-kawan dan keluarga yang banyak mengucapkan taniah kepada Joe. Joe amat menghargainya... thanks n hugs... hehehehe



















